Monday 22 September 2014

PENUBUHAN TABIKA PERPADUAN PANGSAPURI TEMENGGONG

Sejarah penubuhan Kelas Tabika Perpaduan Pangsapuri Temenggong bermula ekoran dari kelas Tabika KEMAS yang ada di kawasan perjiranan ini telah dipindahkan ke kawasan perumahan Jalan Melati pada awal Tahun 2009. Banyak rungutan yang disuarakan oleh ibu bapa mengenai masalah untuk menghantar anak mereka kerana jarak yang jauh dan tiada perkhidmatan pengangkutan.

ZUBIR
Sebagai altenatif ibu bapa telah mendaftarkan anak mereka di Tabika Perpaduan Zon Jalan Matahari. Walaupun begitu ada pendaftaran yang terpaksa ditolak kerana ruang kelas tidak dapat menampung jumlah pendaftaran yang ada. Rintihan mengenai kesulitan ini telah diajukan kepada Pengerusi KRT En Zubir Bin Othman. Melihat kepada permintaan penduduk setempat serta demi untuk kepentingan pendidikan anak-anak penduduk Pangsapuri Temenggong maka beliau berpendapat perlu diadakan juga sebuah kelas tabika di kawasan perjiranan ini. Perkara ini telah dipanjangkan di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa KRT dan alhamdulillah ianya mendapat persetujuan dari semua Ahli Jawatankuasa.
 NOORLAILA

Hasrat dan cadangan itu mendapat sokongan dari Pegawai Perpaduan Daerah Kulaijaya Pn Noorlaila Binti Selamat. Permohonan untuk membuka Kelas Tabika Perpaduan telah dimajukan ke JPNIN Negeri Johor pada 13 Ogos 2012. Pembukaan kelas tabika telah diluluskan pada 6 November 2012 semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pembukaan Kelas Tabika Perpaduan 2012, maka dengan itu rasmilah penubuhan TABIKA PERPADUAN PANGSAPURI TEMENGGONG” di kawasan perjiranan ini. Tabika Perpaduan Pangsapuri Temenggong telah memulakan operasinya pada awal Januari 2013. 

SURAYANI
Dikendalikan oleh tenaga pengajar iaitu PN SURAYANI BINTI KASMAN yang telah ditukarkan dari Tabika Perpaduan Zon Jalan jati ‘A’.  Pada awalnya kelas tabika telah beroperasi tanpa Penolong Guru Tabika. Pejabat Perpaduan Daerah Kulaijaya telah menghantar CIK NURANIS AMIRAH BINTI MOHAMAD FOUZI sebagai Pekerja Sambilah Harian (PSH) yang telah mula bertugas mulai 15 Januari 2013. Keadaan ini tidak berkekalan kerana beliau telah meletak jawatan pada penghujung Februari 2013 kerana masalah peribadi.

FADZILAH
Guru tabika telah menyuarakan masalah yang bakal dihadapi oleh beliau berikutan ketiadaan Penolong Guru. Pegawai Perpaduan Daerah Kulaijaya memaklumkan ianya mengambil masa yang lama untuk mendapatkan seorang Penolong Guru Tabika. Sepanjang ketiadaan Penolong Guru, Guru Tabika telah mendapatkan khidmat seorang pekerja sukarela iaitu PN RAHIMAH BINTI HJ OMAR untuk membantu beliau. Pada 01 Julai 2013 Pejabat  Perpaduan Daerah Kulaijaya telah menghantar seorang Penolong Guru Tabika iaitu PN FADZILAH BINTI MD YAKIM.

No comments:

Post a Comment