Monday 22 September 2014

PENGENALAN TABIKA PERPADUAN

Program Tabika Perpaduan mula diperkenalkan pada Tahun 1976 merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 4 - 6 tahun. Tabika Perpaduan dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang mempunyai Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Disamping itu Tabika Perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman diantara mereka.

OBJEKTIF

Program Tabika Perpaduan ini juga bertujuan membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai. Tabika Perpaduan menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan pengunaan pelbagai pendekatan supaya aspek pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan serta menggembirakan kanak-kanak berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Masa pengajaran dan pembelajaran adalah selama 4 jam sehari disamping aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu kelas dan dilaksanakan mengikut kesesuaian dengan persetujuan ibu bapa/penjaga.

PENGERTIAN LOGO

Keseluruhan logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat rukun tetangga (RT) ke arah pembentukan bangsa malaysia berlandaskan rukun negara :
  1. BULATAN BESAR - Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat negara ini sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu.
  2. WARNA - Warna-warna yang digunakan pada logo ini adalah seperti mana yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu: Biru - Bermuafakat dan bersatu padu. Merah -Keberanian dan keluhuran , Kuning - Kejayaan dan keharmonian & Putih - Kesucian dan bertangungjawab
  3. 5 BULATAN KECIL WARNA MERAH - Lima bulatan berwarna merah di bahagian atas Logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Mesej yang dibawa menerusi simbol ini ialah seluruh rakyat mendukung dengan semangat kental serta luhur falsafah dan aspirasi Rukun Negara dengan mengamalkan dan menghayatinya.
  4. 2 BENTUK TITISAN AIR TERBALIKDi bawah bulatan pada Logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik digambarkan seperti orang membawa maksud bahawa rakyat negara ini sentiasa bersungguh-sungguh berganding bahu bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
  5. GARISAN BERWARNA MERAH - Dua garisan berwarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.
  6. SEGI TIGA BERWARNA KUNINGSegi tiga berwarna kuning yang terdapat di bawah Logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai murni yang diamalkan bersama.
  7. GARISAN MERAH DI ATAS GARISAN PUTIH - Barisan warga Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan Negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketelusan yang tiada tolok bandingnya.
  8. KESELURUHAN GARISAN BERWARNA BIRU - Keseluruhan garisan berwarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang amalkan bersama bagi tujuan membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.
                

No comments:

Post a Comment