Monday, 22 September 2014

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran yang digunapakai adalah seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak tabika telah mengambil beberapa pendekatan dalam mempelbagaikan situasi pembelajaran seperti mengadakan pertandingan membuat replika dan buku skrap tema pembelajaran dan melibatkan penyertaan ibu bapa dalam membantu kanak-kanak menyiapkan tugasan tersebut. Langkah ini telah disambut baik oleh pihak ibu bapa. Tahap pembelajaran kanak-kanak tabika amat memuaskan ada peningkatan dari masa ke semasa. Buku teks dan buku kerja kanak-kanak dibekalkan oleh pihak JPNIN.



Kanak-Kanak tabika juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran di luar kelas seperti Lawatan ke “Toy's Library” yang berada di Tabika Perpaduan Taman Desa Kulai. Lawatan ini dibuat secara berperingkat. Kanak-kanak sangat gembira kerana setiap pengajaran ada bahan yang boleh dilihat dan disentuh serta mengetahui mengenai alat bantu mengajar yang ada di perpustakaan permainan ini. Aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan menambahkan kegembiraan mereka kerana dapat menghasilkan kreativiti mereka dengan bimbingan guru. 


Skop pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut tema dan sub tema yang dikeluarkan oleh JPNIN.



Dalam mengejar ilmu duniawi ilmu akhirat tidak dilupakan oleh itu pihak JPTP telah  mengadakan Kelas Fardhu Ain. Tenaga pengajar diperolehi dari Guru KAFA yang mempunyai kelayakan untuk mengendalikan kelas ini. Sessi pembelajaran diadakan sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Khamis mulai jam 08.00 pagi hingga 09.00 pagi. Bagi kanak-kanak yang bukan beragama Islam mereka diajar Pendidikan Moral dan akan dikendalikan oleh Guru Tabika.


Kanak-kanak tabika juga dilatih untuk menghadapi perkara-perkara di luar jangkaan seperti kebakaran, ribut, banjir & gempa bumi serta memahami laluan yang selamat untuk melepaskan diri semasa berlaku sebarang kecemasan. Mereka juga diberi penerangan tentang penggunaan alat pemadam api dan cara menyimpannya serta kepentingan alat tersebut.



No comments:

Post a Comment