Monday 22 September 2014

PENYEDIAAN MAKANAN KANAK-KANAK

Penyediaan dan pengendalian makanan di kelas Tabika Perpaduan yang bersih teratur dan selamat adalah amat penting kerana ianya berkait secara langsung dengan pemberian makanan seimbang yang menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Penyediaan makanan adalah sebanyak 2 kali sehari iaitu sarapan pagi dan minum pagi Menu harian adalah berdasarkan piramid pemakanan seimbang dan menepati bilangan kalori yang sesuai seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Menu makanan yang disediakan akan dipelbagaikan mengikut variasi makanan pelbagai kaum.

Guru dan Penolong Guru telah mengahadiri Kursus Pengendalian Makanan anjuran JPNIN dan diakui sihat oleh Pegawai Perubatan serta telah mengambil suntikan vaksin Typhoid (Ty2).


Pihak JPNIN telah memperuntukan sebanyak RM 2.00 sehari bagi seorang kanak-kanak tabika. Guru Tabika akan membuat tuntutan penyediaan makanan kepada pihak JPNIN pada penghujung bulan mengikut bilangan kehadiran murid pada hari persekolahan.



No comments:

Post a Comment