Tuesday 23 September 2014

AKTIVITI TABIKA PERPADUAN

SAMBUTAN HARI LAHIR
Walaupun kelas tabika ini baru ditubuhkan ianya bukanlah sebagai satu alasan untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan mahupun tabika sendiri. Majlis Sambutan Hari Lahir 1 yang diadakan pada 22 Mac 2013 telah mendahului senarai  aktiviti yang dijalankan sepanjang Tahun 2013. 


PROJEK BUMI HIJAU
Dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi hubungan diantara pihak tabika dan ibu bapa, JPTP telah merancang beberapa aktiviti yang memerlukan penglibatan mereka antaranya gotong royong, projek bumi hijau, sukaneka, membuat alatan bantu mengajar dan banyak lagi.   
GOTONG ROYONG



Walaupun dalam keadaan kewangan yang tidak begitu kukuh berkat usaha dan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa dan Ahli JPTP banyak aktiviti yang dirancang oleh tabika , jabatan dan agensi luar dapat dilaksanakan dengan jayanya.




Monday 22 September 2014

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran yang digunapakai adalah seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak tabika telah mengambil beberapa pendekatan dalam mempelbagaikan situasi pembelajaran seperti mengadakan pertandingan membuat replika dan buku skrap tema pembelajaran dan melibatkan penyertaan ibu bapa dalam membantu kanak-kanak menyiapkan tugasan tersebut. Langkah ini telah disambut baik oleh pihak ibu bapa. Tahap pembelajaran kanak-kanak tabika amat memuaskan ada peningkatan dari masa ke semasa. Buku teks dan buku kerja kanak-kanak dibekalkan oleh pihak JPNIN.



Kanak-Kanak tabika juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran di luar kelas seperti Lawatan ke “Toy's Library” yang berada di Tabika Perpaduan Taman Desa Kulai. Lawatan ini dibuat secara berperingkat. Kanak-kanak sangat gembira kerana setiap pengajaran ada bahan yang boleh dilihat dan disentuh serta mengetahui mengenai alat bantu mengajar yang ada di perpustakaan permainan ini. Aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan menambahkan kegembiraan mereka kerana dapat menghasilkan kreativiti mereka dengan bimbingan guru. 


Skop pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut tema dan sub tema yang dikeluarkan oleh JPNIN.



Dalam mengejar ilmu duniawi ilmu akhirat tidak dilupakan oleh itu pihak JPTP telah  mengadakan Kelas Fardhu Ain. Tenaga pengajar diperolehi dari Guru KAFA yang mempunyai kelayakan untuk mengendalikan kelas ini. Sessi pembelajaran diadakan sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Khamis mulai jam 08.00 pagi hingga 09.00 pagi. Bagi kanak-kanak yang bukan beragama Islam mereka diajar Pendidikan Moral dan akan dikendalikan oleh Guru Tabika.


Kanak-kanak tabika juga dilatih untuk menghadapi perkara-perkara di luar jangkaan seperti kebakaran, ribut, banjir & gempa bumi serta memahami laluan yang selamat untuk melepaskan diri semasa berlaku sebarang kecemasan. Mereka juga diberi penerangan tentang penggunaan alat pemadam api dan cara menyimpannya serta kepentingan alat tersebut.



PENYEDIAAN MAKANAN KANAK-KANAK

Penyediaan dan pengendalian makanan di kelas Tabika Perpaduan yang bersih teratur dan selamat adalah amat penting kerana ianya berkait secara langsung dengan pemberian makanan seimbang yang menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Penyediaan makanan adalah sebanyak 2 kali sehari iaitu sarapan pagi dan minum pagi Menu harian adalah berdasarkan piramid pemakanan seimbang dan menepati bilangan kalori yang sesuai seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Menu makanan yang disediakan akan dipelbagaikan mengikut variasi makanan pelbagai kaum.

Guru dan Penolong Guru telah mengahadiri Kursus Pengendalian Makanan anjuran JPNIN dan diakui sihat oleh Pegawai Perubatan serta telah mengambil suntikan vaksin Typhoid (Ty2).


Pihak JPNIN telah memperuntukan sebanyak RM 2.00 sehari bagi seorang kanak-kanak tabika. Guru Tabika akan membuat tuntutan penyediaan makanan kepada pihak JPNIN pada penghujung bulan mengikut bilangan kehadiran murid pada hari persekolahan.



PENDAFTARAN KANAK-KANAK TABIKA

Pendaftaran kanak-kanak bagi sessi pengajian 2013 telah diperolehi dari pendaftaran baru dan perpindahan kanak-kanak Pangsapuri Temenggong yang telah mendaftar di Tabika Perpaduan Zon Jalan Matahari. Seramai 23 orang kanak-kanak telah mendaftar tetapi hanya 20 orang sahaja yang meneruskan sessi pembelajaran 2013.

Bagi Tahun 2014 promosi telah dijalankan dengan lebih giat dan kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun akan diterima bagi mencapai sasaran 30 hingga 35 kanak-kanak bagi sessi pengajian Tahun 2014 .  Bermula Januari 2013 pendaftaran untuk sessi pembelajaran 2014 telah dibuka. Ahli Jawatankuasa dan ibu bapa telah membantu mempromosikan kelas tabika ini dengan menggantung 'banner' pendaftaran serta mengedarkan pamplet dari rumah ke rumah.

Sebanyak 32 borang pendaftaran telah diterima untuk sessi pengajian 2014. Melalui surat JPNJ.600-7/8 Jld 4 (35) bertarikh 26 November 2013 Pengarah JPNIN negeri Johor En Rajali Bin Mudim telah mengarahkan bermula tahun 2014 pengambilan kanak-kanak telah dihadkan kepada 25 orang satu kelas sebagai usaha peningkatan kualiti pendidikan prasekolah di Tabika Perpaduan.



AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS TABIKA PERPADUAN

Ahli   Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) yang pertama telah dibentuk pada tanggal 19 Januari 2013 dan  di  terajui  oleh  En  Mohd Sham Bin Othman. Ianya berperanan  untuk membantu pihak tabika dalam mentadbir dan menyediakan Alatan Bantu Mengajar. Ahli JPTP ini lantik dikalangan ibu bapa kanak-kanak tabika. Selain itu juga ianya berperanan membantu pihak tabika setiap kali aktiviti dijalankan mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh JPNIN.





PELAN LANTAI & DISKRIPSI PENEMPATAN




Permohonan untuk menubuhkan Kelas Tabika Perpaduan telah dimajukan  dan masalah yang bakal dihadapi adalah menyediakan bangunan untuk penempatan kelas tabika, kerana tiada bangunan yang sesuai di kawasan perjiranan tersebut. Perkhabaran menggenai sebuah Balairaya Serbaguna bakal dibina oleh Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu) di kawasan perjiranan ini  telah mengurangkan sedikit masalah yang dihadapi. Pembinaannya telah bermula pada awal Ogos 2012 dan siap sepenuhnya pada hujung November 2012. Bangunan tersebut telah diletakkan di bawah seliaan dan pengawasan  Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Temenggong yang dipengerusikan oleh En Mohamad Bin Tubi. Justeru itu dengan bantuan Pejabat Perpaduan Daerah Kulaijaya permohonan untuk menjadikan bangunan tersebut sebagai kelas tabika telah dimajukan dan mendapat kelulusan dari pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Temenggong.

Pada awal Mac 2013 usaha untuk memperindahkan kelas tabika telah dijalankan dengan tujuan untuk untuk mengwujudkan suasana ceria dan menarik minat kanak-kanak untuk datang ke kelas tabika. Permohonan untuk mendapatkan bangunan sendiri telah di usahakan oleh pihak KRT Pangsapuri Temenggong. Pada Disember  2013 permohonan untuk penambahbaikan bangunan telah dimajukan. 'Team' Teknikal dari JPNIN Putrajaya telah membuat lawatan pada 06 Mac 2014. Dukacita permohonan tersebut tidak diluluskan.
SEBELUM
SELEPAS



LAWATAN TEKNIKAL DARI JPNIN PUTRAJAYA

PIAGAM PELANGGAN TABIKA PERPADUAN

TABIKA PERPADUAN ADALAH KOMITED UNTUK MEMBIMBING
KANAK-KANAK BERBILANG KAUM UNTUK MEMBENTUK
INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS
BERLANDASKAN KEPADA FALSAFAH
PENDIDIKAN NEGARA


MENDIDIK KANAK-KANAK MENJADI INSAN YANG BERWAWASAN, BERBUDAYA, BERTANGGUNGJAWAB, BERKUALITI, BERAKHLAK MULAI DAN BERILMU;

MELAKSANAKAN KURIKULUM TERAS TABIKA PERPADUAN IAITU PENDIDIKAN KETATANEGARAAN, PENDIDIKAN MORAL DAN PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA;

MELAKSANAKAN AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG DI KELAS;

MELAKSANAKAN GARIS PANDUAN KURIKULUM PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA;

MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG SELESA, MENARIK DAN SELAMAT;

MEWUJUDKAN SEMANGAT PERPADUAN YANG KUKUH DI KALANGAN IBU BAPA MELALUI AKTIVITI KO-KURIKULUM;

MEMANTAU IKLIM PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL MELALUI PENGESANAN PERHUBUNGAN SOSIAL;

MENERAPKAN NILAI-NILAI MURNI YANG DIPERLUKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN;

MENJADIKAN TABIKA PERPADUAN SEBAGAI PUSAT PEMASYARAKATAN PERPADUAN; DAN

MELENGKAPKAN KANAK-KANAK UNTUK MEMASUKI PENDIDIKAN FORMAL.