Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran yang digunapakai adalah seperti yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pihak tabika telah mengambil
beberapa pendekatan dalam mempelbagaikan situasi pembelajaran seperti
mengadakan pertandingan membuat replika dan buku skrap tema pembelajaran dan
melibatkan penyertaan ibu bapa dalam membantu kanak-kanak menyiapkan tugasan
tersebut. Langkah ini telah disambut baik oleh pihak ibu bapa. Tahap pembelajaran kanak-kanak tabika amat memuaskan ada peningkatan dari masa
ke semasa. Buku teks dan buku kerja kanak-kanak dibekalkan oleh pihak JPNIN.
Kanak-Kanak tabika juga didedahkan dengan aktiviti pembelajaran di luar
kelas seperti Lawatan ke “Toy's Library” yang berada di Tabika Perpaduan Taman
Desa Kulai. Lawatan ini dibuat secara berperingkat. Kanak-kanak sangat gembira kerana setiap pengajaran
ada bahan yang boleh dilihat dan disentuh serta mengetahui mengenai alat bantu
mengajar yang ada di perpustakaan permainan ini. Aktiviti yang dijalankan
secara berkumpulan menambahkan kegembiraan mereka kerana dapat
menghasilkan kreativiti mereka dengan bimbingan guru.
Skop pembelajaran kanak-kanak adalah mengikut tema dan sub tema
yang dikeluarkan oleh JPNIN.

Dalam mengejar ilmu duniawi ilmu akhirat
tidak dilupakan oleh itu pihak JPTP telah
mengadakan Kelas Fardhu Ain. Tenaga pengajar diperolehi dari Guru KAFA
yang mempunyai kelayakan untuk mengendalikan kelas ini. Sessi pembelajaran
diadakan sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Khamis mulai jam
08.00 pagi hingga 09.00 pagi. Bagi kanak-kanak yang bukan beragama Islam mereka
diajar Pendidikan Moral dan akan dikendalikan oleh Guru Tabika.
Kanak-kanak tabika juga dilatih untuk menghadapi
perkara-perkara di luar jangkaan seperti kebakaran, ribut, banjir & gempa
bumi serta memahami laluan yang selamat untuk melepaskan diri semasa berlaku
sebarang kecemasan. Mereka juga diberi penerangan
tentang penggunaan alat pemadam api dan cara menyimpannya serta kepentingan
alat tersebut.
No comments:
Post a Comment